Kita berkenalan demi menuntut ilmu d tempat yang sama,
Setiap hari kamu suka mengusik saya
Tahuka kamu perbuatan kamu itu boleh mencairkan hati saya?
Mungkin kamu melihat saya sebagai seorang wanita yang tidak pedulikan lelaki
Sebab itu kamu tidak pernah terfikir akan perubahan perasaan saya terhadap kamu
Namun saya juga wanita biasa, tidak lari daripada semua itu..
Saya merasa istimewa di hati kamu
Dengan perwatakan kamu yang kelihatan ikhlas di mata saya,
Saya mula jatuh hati pada kamu..
Saya menyedarinya kerana saya mula
cmburu apabila kamu melayan sahabat perempuan kamu dengan
baik berbeza layanan kamu pada saya
Walaupun ia tidak membawa maksud apa2 dari kamu, namun saya menganggap bahawa kamu mengambil berat terhadap saya..
Tahu tak itulah pertama kali saya menerima makanan daripada seorang kawan lelaki..
saya sungguh gembira!!
Setiap pagi saya datang ke sekola, saya berharap agar kamu mengusik saya seperti selalu..
Namun perasaan saya selalu hampa kerana kamu sering ke kelas sebelah..
Demi menjaga persahabatan saya hanya mampu pendamkan sahaja perasaan itu..
Hari demi hari sikap kamu tidak lagi seprti dahulu,tidak lagi suka mengusik saya..
Saya sering terasa terpinggir.. hidup terasa kosong
Rupanya dalam
diam kamu telah menyimapan perasaan terhadap wanita lain..
Tahu tak, saya berasa sangat kecewa ketika itu..
Namun bagi menutup perasaan saya,
Saya hanya bersikap seperti biasa sehingga kamu juga tidak menyedari akan perasaan saya terhadap kamu..
Barula saya faham mengapa kamu sudah menjauhi diri daripada
saya..
Kini kamu pun telah punyai kehidupan yang baru..
Saya di sini hanya mampu mendoakan kamu
gembira selalu..
Pada saya,kamu merupakan insan yang hebat yang pernah wujud dalam hidup saya
Begitu susah
untuk saya melupakan kamu..
Tiada insan lain yang mampu menandingi kamu di mata saya..
Tapi tak mengapa,
saya sabar menanti insan yang berjaya membantu saya untuk melupakan kmu..