Thursday, March 31, 2011

Untuk Kamu yg Selalu di Ingati

Kita berkenalan demi menuntut ilmu d tempat yang sama,
Setiap hari kamu suka mengusik saya
Tahuka kamu perbuatan kamu itu boleh mencairkan hati saya?
Mungkin kamu melihat saya sebagai seorang wanita yang tidak pedulikan lelaki
Sebab itu kamu tidak pernah terfikir akan perubahan perasaan saya terhadap kamu
Namun saya juga wanita biasa, tidak lari daripada semua itu..


Semakin  lama mengenali kamu saya merasai sesuatu yang berbeza
Saya merasa istimewa di hati kamu 
Dengan perwatakan kamu yang kelihatan ikhlas di mata saya,
Saya mula jatuh hati pada kamu..  
Saya menyedarinya kerana saya mula cmburu apabila kamu melayan sahabat perempuan kamu dengan 
 baik berbeza layanan kamu pada saya


Masih teringat ketika kamu memberi kuih kepada saya, saya berasa sungguh terharu..
Walaupun ia tidak membawa maksud apa2 dari kamu, namun saya menganggap bahawa kamu mengambil berat terhadap saya..
Tahu tak itulah pertama kali saya menerima makanan daripada seorang kawan lelaki..
saya sungguh gembira!!

URemicons-pucca-067

Setiap pagi saya datang ke sekola, saya berharap agar kamu mengusik saya seperti selalu..
Namun perasaan saya selalu hampa kerana kamu sering ke kelas sebelah..
Demi menjaga persahabatan saya hanya mampu pendamkan sahaja perasaan itu..

URemicons-pucca-089

Hari demi hari sikap kamu tidak lagi seprti dahulu,tidak lagi suka mengusik saya..
Saya sering terasa terpinggir.. hidup terasa kosong
Rupanya dalam diam kamu telah menyimapan perasaan terhadap wanita lain..
Tahu tak, saya berasa sangat kecewa ketika itu..

URemicons-pucca-065

Namun bagi menutup perasaan saya, 
Saya hanya bersikap seperti biasa sehingga kamu juga tidak menyedari akan perasaan saya terhadap kamu..
Barula saya faham mengapa kamu sudah menjauhi diri daripada saya..


Kini kamu pun telah punyai kehidupan yang baru.. 
Saya di sini hanya mampu mendoakan kamu gembira selalu.. 
Pada saya,kamu merupakan insan yang hebat yang pernah wujud dalam hidup saya
Begitu susah untuk saya melupakan kamu..
Tiada insan lain yang mampu menandingi kamu di mata saya..
Tapi tak mengapa, saya sabar menanti insan yang berjaya membantu saya untuk melupakan kmu..
 



 

Dakwah Itu Seni, Da'ie Itu Penyeri © 2008. Template Design By: SkinCorner